Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "H"


01. Habis adat kerana kerelaan.
Maknanya: Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.

02. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih.
Maknanya: Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

03. Habis akal baru tawakal (tawakal - berserah diri kepada Tuhan).
Maknanya: Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar.

04. Habis beralur maka beralu-alu (beralur - berunding).
Maknanya: Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu.

05. Habis cupak dari pelelehan.
Maknanya: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali.

06. Habis geli oleh geletek, habis rasa (bisa) oleh biasa.
Maknanya: Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan.

07. Habis hulubalang bersiak (siak - orang yang hidup miskin kerana Allah).
Maknanya: Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya.

08. Habis kapak berganti beliung.
Maknanya: Sangat rajin bekerja.

09. Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
Maknanya: Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

10. Habis manis sepah dibuang.
Maknanya: Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.

11. Habis miang kerana bergeser.
Maknanya: Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.

12. Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.
Maknanya: Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.

13. Habis tenggang dan (dengan) kelakar.
Maknanya: Tidak berdaya lagi.

14. Habis umpan kerong-kerong tak dapat (kerong-kerong - ikan laut "Terapon jarbua").
Maknanya: Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi.

15. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.
Maknanya: Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

16. Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. Maknanya:
Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).

17. Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.
Maknanya: Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

18. Hangat-hangat tahi ayam.
Maknanya: Tidak bersungguh-sungguh.

19. Hanya air dingin yang dapat memadamkan api.
Maknanya: Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.

20. Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.
Maknanya: Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan.

21. Harap hati hendak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Maknanya: Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

22. Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.
Maknanya: Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.

23. Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam (meraup - mencedok dengan tangan).
Maknanya: Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.

24. Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.
Maknanya: Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

25. Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang (lenggang serdadu - sikap yang gagah).
Maknanya: Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang.

26. Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.
Maknanya: Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.

27. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.
Maknanya: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

28. Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan.
Maknanya: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

29. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.
Maknanya: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

30. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.
Maknanya: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

31. Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan (untut - orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit).
Maknanya: Percaya kepada orang yang sangat malas.

32. Hari baik(pagi) dibuang-buang, hari buruk(petang) dikejar-kejar.
Maknanya: Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.

33. Hari guruh takkan hujan.
Maknanya: Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.

34. Hari ini patutlah redup (panas keras).
Maknanya: Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.

35. Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.
Maknanya: Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

36. Hari ini terlebih baik daripada besok.
Maknanya: Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.

37. Hari tak selamanya panas.
Maknanya: Untung dan malang silih berganti.

38. Hari tidak siang saja.
Maknanya: Tidak selamanya senang terus-menerus.

39. Harimau bertempek tak (kan) makan orang.
Maknanya: Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.

40. Harimau ditakuti sebab giginya.
Maknanya: Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.

41. Harimau hendak menghilangkan jejaknya.
Maknanya: Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.

42. Harimau mati kerana belangnya.
Maknanya: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

43. Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.
Maknanya: Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

44. Harimau memperlihatkan kukunya.
Maknanya: Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

45. Harimau mengaum takkan menangkap.
Maknanya: Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.

46. Harimau menunjukkan belangnya.
Maknanya: Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

47. Harimau menyorokkan kuku.
Maknanya: Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.
Maknanya: Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

49. Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.
Maknanya: Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.

50. Harta orang hendak digalas.
Maknanya: Orang yang mahu mengambil harta orang lain.

51. Harta orang hendak dikebas.
Maknanya: Orang yang mahu mengambil harta orang lain.

52. Harta pulang ke tuan (empunya).
Maknanya: Sudah pada tempatnya.

53. Harum menghilangkan bau.
Maknanya: Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

54. Harum semerbak mengandung mala (mala - air bangkai yang telah busuk).
Maknanya: Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang.

55. Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.
Maknanya: Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya.

56. Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. Maknanya: Orang yang tidak ada perasaan.

57. Hati bak serangkak dibungkus.
Maknanya: Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.

58. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Maknanya: Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

59. Hati gatal mata digaruk.
Maknanya: Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

60. Hati hendak semua jadi.
Maknanya: Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

61. Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.
Maknanya: Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

62. Hati yang ringan meringankan beban yang berat. Maknanya: Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.

63. Hati yang suka peringan beban.
Maknanya: Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.

64. Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan.
Maknanya: Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

65. Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.
Maknanya: Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

66. Hempas tulang berisi perut.
Maknanya: Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

67. Hempas tulang tak berbalas jasa.
Maknanya: Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

68. Hendak air pancuran terbit.
Maknanya: Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.

69. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
Maknanya: Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

70. Hendak bersunting bunga mala.
Maknanya: Hendak beristeri perempuan tua.

71. Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang.
Maknanya: Hendak beristeri anak gadis.

72. Hendak bertanduk kepala dipahat.
Maknanya: Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

73. Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.
Maknanya: Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

74. Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar (termengkelan - tersangkut dalam kerongkongan).
Maknanya: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

75. Hendak harum terlalu hangit.
Maknanya: Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

76. Hendak hinggap tiada berkaki.
Maknanya: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

77. Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.
Maknanya: Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

78. Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.
Maknanya: Malas bekerja tetapi banyak makan.

79. Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar (bertinak - tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara - maju).
Maknanya: Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi.

80. Hendak masak langsung hangus.
Maknanya: Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

81. Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.
Maknanya: Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.

82. Hendak meluruskan ekor anjing.
Maknanya: Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.

83. Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya.
Maknanya: Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.

84. Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya.
Maknanya: Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.

85. Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. Maknanya: Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.

86. Hendak mendapat pisang terkupas.
Maknanya: Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.

87. Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan.
Maknanya: Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain.

88. Hendak mengayuhkan perahu tertambat.
Maknanya: Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.

89. Hendak mengepal pasir kering.
Maknanya: Membuat pekerjaan yang sukar.

90. Hendak menggaruk tidak berkuku.
Maknanya: Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.

91. Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.
Maknanya: Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.

92. Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.
Maknanya: Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

93. Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.
Maknanya: Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

94. Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih.
Maknanya: Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.

95. Hendak terbang tiada bersayap.
Maknanya: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

96. Hendak ucok (damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru.
Maknanya: Bersedia menghadapi segala kemungkinan.

97. Hendak ulam, pucuk menjulai.
Maknanya: Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.

98. Hendak untung menjadi buntung.
Maknanya: Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.

99. Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa.
Maknanya: Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.

100. Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.
Maknanya: Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.

101. Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.
Maknanya: Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

102. Hidung dicium, pipi digigit.
Maknanya: Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

103. Hidung sudah rampung diatur orang.
Maknanya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

104. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Maknanya: Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

105. Hidup di hujung gurun orang.
Maknanya: Hidup melarat.

106. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Maknanya: Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

107. Hidup dua muara.
Maknanya: Hidup dengan dua macam pencarian.

108. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa. Maknanya: Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.

109. Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
Maknanya: Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.

110. Hidup segan mati tak mahu.
Maknanya: Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

111. Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.
Maknanya: Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

112. Hilang adat tegal muafakat.
Maknanya: Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

113. Hilang bahasa lenyap bangsa.
Maknanya: Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

114. Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. Maknanya: Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.

115. Hilang di mata di hati jangan.
Maknanya: Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

116. Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami.
Maknanya: Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

117. Hilang ikan dalam kerabu (kerabu - sejenis makanan).
Maknanya: Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya.

118. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas (rimbas - perkakas untuk penarah kayu).
Maknanya: Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.

119. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
Maknanya: Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

120. Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.
Maknanya: Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.

121. Hilang kilat dalam kilau.
Maknanya: Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.

122. Hilang pelanduk berganti kijang emas.
Maknanya: Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia.

123. Hilang penjahit berkerbau-kerbau.
Maknanya: Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.

124. Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.
Maknanya: Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.

125. Hilang sepuh nampak senam (sepuh - sadur; senam - warna yang asal).
Maknanya: Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya.

126. Hilang tak tentu rimbanya.
Maknanya: Hilang tidak berbekas.

127. Hilang tapak tukul, timbul tapak canai (tukul - pemukul kecil; canai - asah).
Maknanya: Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya.

128. Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.
Maknanya: Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.

129. Hilang tukul hilanglah pahat.
Maknanya: Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

130. Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.
Maknanya: Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

131. Hinggap bak langau, titik bak hujan.
Maknanya: Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).

132. Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).
Maknanya: Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.

133. Hinggap saja bagai langau.
Maknanya: Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).

134. Hinggap seperti benalu (benalu - pasilan).
Maknanya: Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu.

135. Hitam bagai buntut (pantat) belanga.
Maknanya: Perihal keburukan sifat seseorang.

136. Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.
Maknanya: Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.

137. Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.
Maknanya: Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri.

138. Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.
Maknanya: Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.

139. Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.
Maknanya: Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.

140. Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah (bendi - kereta kuda; sadah - kapur).
Maknanya: Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.

141. Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai (udang kepai - udang kecil untuk dibuat belacan).
Maknanya: Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya.

142. Hitam-hitam gula Jawa.
Maknanya: Biarpun hitam tetapi manis.

143. Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. Maknanya: Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.

144. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.
Maknanya: Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

145. Hujan berbalik ke langit.
Maknanya: Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

146. Hujan berpohon, panas berasal.
Maknanya: Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.

147. Hujan emas di negeri orang, hujan batu (keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
Maknanya: Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

148. Hujan jatuh ke pasir.
Maknanya: Berbuat baik tidak pada tempatnya.

149. Hujan menimpa bumi.
Maknanya: Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.

150. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.
Maknanya: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

151. Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat (simpai - gelang-gelang daripada rotan).
Maknanya: Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus.

152. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.
Maknanya: Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

153. Hujung lurus, pangkal berkait.
Maknanya: Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.

154. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.
Maknanya: Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

155. Hukum yang rata, adat yang datar.
Maknanya: Sesuatu yang sama baiknya.

156. Hulu malang pangkal celaka.
Maknanya: Permulaan segala bencana.

157. Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai (hulu mujur - pangkat untung).
Maknanya: Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang.

158. Hutang (pinjam) kayu ara.
Maknanya: Hutang yang tak mungkin terbayar.

159. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula.
Maknanya: Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

160. Hutang emas dapat (boleh) dibayar, hutang budi dibawa mati.
Maknanya: Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

161. Hutang sebelit (selilit) pinggang.
Maknanya: Sangat banyak hutangnya.

162. Hutang tembilang belum langsai, hutang tajak bila pula.
Maknanya: Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

163. Hutang tiap helai bulu.
Maknanya: Sangat banyak hutangnya.

Readmore

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "G"


01. Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.
Maknanya: Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

02. Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.
Maknanya: Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.

03. Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli (kusa - besi penghalau gajah).
Maknanya: Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu.

04. Gajah lalu kumpai layu (kumpai - sejenis rumput layu).
Maknanya: Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.

05. Gajah masuk kampung, kalau kayu (pohon) tak tumbang, rumput layu juga.
Maknanya: Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

06. Gajah mati dicatuk katak.
Maknanya: Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.

07. Gajah mati kerana gadingnya.
Maknanya: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

08. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Maknanya: Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

09. Gajah mati, tulang setimbun.
Maknanya: Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.

10. Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu (aris getah kayu yang sudah beku).
Maknanya: Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.

11. Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit (lejang - melompat serta lari).
Maknanya: Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian.

12. Gajah rompong belalai.
Maknanya: Raja yang tiada berkuasa.

13. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Maknanya: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

14. Gajah seekor gembala dua.
Maknanya: Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan.

15. Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.
Maknanya: Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya.

16. Gajah terum di tengah rumah (terum - duduk, dikatakan hanya tentang gajah).
Maknanya: Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu.

17. Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.
Maknanya: Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

18. Galas terdorong kepada Cina.
Maknanya: Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.

19. Gali lubang menutup lubang.
Maknanya: Meminjam wang untuk membayar hutang.

20. Gamak-gamak seperti menyambal.
Maknanya: Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

21. Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. Maknanya: Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat.

22. Gantung tak bertali, salai tak berapi.
Maknanya: Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.

23. Garam di laut, asam di darat, bertemu dalam belanga juga.
Maknanya: Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

24. Garam dikulum tak hancur.
Maknanya: Orang yang pandai menyimpan rahsia.

25. Garam jatuh di air.
Maknanya: Nasihat yang diterima dengan baik.

26. Garam tumpah apakah (pada) tempatnya.
Maknanya: Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.

27. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. Maknanya: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

28. Garuda diburu layang-layang yang dapat.
Maknanya: Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

29. Gaya saja, rasanya wallah.
Maknanya: Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.

30. Gayung bersambut, kata berjawab (gayung - pukulan).
Maknanya: Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.

31. Gayung tua, gayung memutus.
Maknanya: Perkataan orang tua biasanya tepat.

32. Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan (gerundang - berudu).
Maknanya: Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing.

33. Gedang kayu, gedang dahannya.
Maknanya: Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.

34. Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.
Maknanya: Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.

35. Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak (gelagah boreh rambutan jantan).
Maknanya: Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka.

36. Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.
Maknanya: Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.

37. Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.
Maknanya: Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak.

38. Geleng seperti si patung kenyang.
Maknanya: Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.

39. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.
Maknanya: Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

40. Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu (geneng - gagah).
Maknanya: Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum.

41. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Maknanya: Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

42. Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. Maknanya: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

43. Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin (gerindin - kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan).
Maknanya: Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan.

44. Genting menanti putus, biang menanti tembuk.
Maknanya: Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

45. Geruh luka ajal mati.
Maknanya: Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.

46. Geruh menempuh dalam tubuh (geruh - sial, malang).
Maknanya: Nasib buruk yang mempengaruhi diri.

47. Geruh tak berbunyi, malang tak berbau.
Maknanya: Kemalangan terjadi tanpa diketahui.

48. Geruh tak mencium bau.
Maknanya: Kemalangan terjadi tanpa diketahui.

49. Gerundang, tinggallah di kubangan!
Maknanya: Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!

50. Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.
Maknanya: Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.

51. Getah terbangkit (diangkat) kuaran tiba (kuaran - burung kuak-kuak).
Maknanya: Perhitungan yang salah.

52. Getikkan puru di bibir (getik - menggetil).
Maknanya: Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya.

53. Getu sementara lagi bintik.
Maknanya: Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

54. Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.
Maknanya: Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

55. Gigi tanggal, rawan murah.
Maknanya: Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.

56. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi.
Maknanya: Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.

57. Gila di abun-abun (abun-abun angan-angan).
Maknanya: Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.

58. Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor (gombak - rambut, jambul).
Maknanya: Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk.

59. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. Maknanya: Perbuatan yang tidak sempurna.

60. Gulai terlampau serai maung rasanya.
Maknanya: Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.

61. Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. Maknanya: Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

62. Gundahkan buah dimakan burung.
Maknanya: Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.

63. Gunung juga yang dilejang panas.
Maknanya: Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.

64. Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.
Maknanya: Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.

65. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Maknanya: Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

66. Gaharu dibakar kemenyan berbau.
Maknanya: Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

67. Gajah berak besar, kancil (pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.
Maknanya:Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.

68. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.
Maknanya: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

69. Gajah berhati, kuman pun berhati juga.
Maknanya: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

70. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (kancil) mati di tengah-tengah.
Maknanya: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

71. Gajah dialahkan oleh pelanduk.
Maknanya: Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.

72. Gajah dipandang seperti kuman.
Maknanya: Terlalu marah.

73. Gajah ditelan ular lidi.
Maknanya: Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.

74. Gajah empat kaki lagi tersaruk.(tersaruk - tersandung).
Maknanya: Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.

75. Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas (gabak - redup).
Maknanya: Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal.

76. Gadai terdorong ke (pada) Cina.
Maknanya: Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.

77. Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.
Maknanya: Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.

78. Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
Maknanya: Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.

79. Gagak bersuara murai.
Maknanya: Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

80. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.
Maknanya: Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

81. Gagak lalu punggur rebah.
Maknanya: Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

Readmore

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "E & F"


01. Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.
Maknanya: Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.

02. Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.
Maknanya: Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.

03. Elok arak di hari panas.
Maknanya: Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.

04. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati (basa - tegur sapa).
Maknanya: Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.

05. Elok buruk dan busuk hanyir.
Maknanya: Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.

06. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.
Maknanya: Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

07. Elok lenggang di tempat datar.
Maknanya: Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

08. Elok palut pengebat kurang (palut - balut, bungkus; kebat - ikat).
Maknanya: Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.

09. Emas berpeti, kerbau berkandang.
Maknanya: Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.

10. Embacang buruk kulit.
Maknanya: Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

11. Embun di hujung rumput.
Maknanya: Tiada kekal.

12. Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit (empang - bendungan).
Maknanya: Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.

13. Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela (gasal -ganjil).
Maknanya: Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.

14. Empat sudah bersimpul satu.
Maknanya: Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.

15. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Maknanya: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

16. Enau mencari (memanjat) sigai.
Maknanya: Perempuan mencari lelaki.

17. Enau sebatang dua sigainya.
Maknanya: Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.

18. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.
Maknanya: Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

19. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
Maknanya: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

20. Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya (atal - buah kayu makanan Enggang).
Maknanya:Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.

21. Enggang lalu ranting patah.
Maknanya: Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.

22. Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.
Maknanya: Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.

23. Entak sedegam, langkah sepijak. (degam - bunyi gemuruh).
Maknanya: Seia-sekata; semuafakat.

24. Entimun bongkok.
Maknanya: Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.

25. Esa hilang, dua terbilang.
Maknanya: Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.

26. Fikir itu pelita hati.
Maknanya: Fikiran suluh kebenaran.

Readmore

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger