Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Pengunjung Blog Ini Segala Komen Dan Saranan Teman Teman Amat Seri Hargai

Simpulan Bahasa ( U, W & Z )


1. Ubat Hati (Pengubat Hati)
Maksud: Penghibur hati.
Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat Jerih
Maksud: Upah.
Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

3. Ubat Lelah
Maksud: Upah.

4. Untung Batu
Maksud: Nasib yang buruk.
Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

5. Untung Sabut
Maksud: Nasib yang baik.
Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

Simpulan Bahasa W
1. Wang Duka
Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

2. Wang Hantaran
Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang Kopi
Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang Suap Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah
Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Simpulan Bahasa Z
1. Zaman Bahari Maksud: Zaman purbakala.
Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Zaman Puntung Berasap
Maksud: Zaman kuno.
Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

0 Pandangan:

Catat Ulasan

Teman Setia

Template Modified By Seri Bahasa Proud To Be A Kinabatangan Blogger