Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "B"
01. Babi merasa gulai.
Maknanya: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
02. Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.
Maknanya: Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.
03. Badak makan anak.
Maknanya: Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.
04. Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.
Maknanya: Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.
05. Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.
Maknanya: Sudah sehidup semati.
06. Badan sudah dua senyawa.
Maknanya: Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
07. Bagai air daun talas (keladi).
Maknanya: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
08. Bagai air mencari jenisnya.
Maknanya: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
09. Bagai air itik ke batu.
Maknanya: Lemah dan lesu tanpa penyakit.
10. Bagai anak dara mabuk andam (andam - anak rambut di dahi).
Maknanya: Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.
11. Bagai anak dara sudah berlaki.
Maknanya: Banyak sekali.
12. Bagai anak nangu (nangui - Babi kecil yang banyak anaknya).
Maknanya: Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
13. Bagai anak sepat ketohoran.
Maknanya: Kurus sekali.
14. Bagai anjing beranak enam.
Maknanya: Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat.
15. Bagai anjing buruk kepala.
Maknanya: Sangat gembira; sangat sombong.
16. Bagai anjing melintang denai (denai - jejak binatang besar di hutan).
Maknanya: Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).
17. Bagai anjing tersepit di pagar.
Maknanya: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
18. Bagai api dengan rabuk.
Maknanya: Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.
19. Bagai ara hanyut.
Maknanya: Satu sama lain bertolong-tolongan.
20. Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
Maknanya: Saling membantu
21. Bagai aur di atas bukit.
Maknanya: Orang yang tak pernah masuk majlis.
22. Bagai ayam dibawa ke lampok (lampok - onggok padi sesudah disabit; limpap).
Maknanya: Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.
23. Bagai ayam dimakan (kena) tungau.
Maknanya: Mati tanpa sakit.
24. Bagai ayam disambar helang.
Maknanya: Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.
25. Bagai ayam lepas bertaji.
Maknanya: Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
26. Bagai ayam mabuk tahi.
Maknanya: Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.
27. Bagai ayam mengarang telur (mengarang telur - hampir bertelur).
Maknanya: Peri keelokan, merah muka seseorang.
28. Bagai ayam mengeram telur.
Maknanya: Peri keelokan, merah muka seseorang.
29. Bagai ayam naik ke surau.
Maknanya: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
30. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi (tombong - sombong).
Maknanya: Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
31. Bagai ayam yang terkecundang (kecundang - kalah).
Maknanya: Sangat ketakutan.
32. Bagai bajak wangkang makan diangkat (bajak wangkang - tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak - perompak; wangkang - perahu besar).
Maknanya: Orang yang gemar dipuji.
33. Bagai balak terendam.
Maknanya: Orang gemuk yang malas bergerak.
34. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
Maknanya: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
35. Bagai beliung dengan asahan.
Maknanya: Tidak pernah berpisah.
36. Bagai belut digetir (diketil) ekor.(digetir - dicubit).
Maknanya: Cepat sekali.
37. Bagai belut diregang.
Maknanya: Tinggi dan kurus.
38. Bagai berkain tiga hasta.
Maknanya: Serba tak cukup (miskin).
39. Bagai bersahabat dengan ular bisa.
Maknanya: Berkawan dengan orang yang jahat.
40. Bagai berseru di padang pasir.
Maknanya: Seruan yang tidak diendahkan orang.
41. Bagai bersumur di tepi rawa.
Maknanya: Orang yang selalu cemburu.
42. Bagai bertanak di kuali.
Maknanya: Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.
43. Bagai bertandang ke rumah janda.
Maknanya: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
44. Bagai bertemu (makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. (malakamo adalah sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja).
Maknanya: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
45. Bagai bertepuk sebelah tangan.
Maknanya: Cinta kasih yang tidak berbalas.
46. Bagai beruk kena ipuh (ipuh - racun).
Maknanya: Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya).
47. Bagai berumah di tepi tebing.
Maknanya: Selalu dalam kekhuatiran.
48. Bagai besi dengan penempa.
Maknanya: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
49. Bagai biawak mengulangi bangkai.
Maknanya: Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat.
50. Bagai buah keras di dalam sekul (buah keras - kemiri; sekul - mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa).
Maknanya: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh.
51. Bagai budak menyapu hingus.
Maknanya: Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
52. Bagai bulan empat belas.
Maknanya: Kecantikan wajah seseorang wanita.
53. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
Maknanya: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
54. Bagai buntal kembung.
Maknanya: Bodoh dan sombong.
55. Bagai bunyi cempedak jatuh.
Maknanya: Bunyi jatuh yang kuat.
56. Bagai bunyi orang dikoyak harimau.
Maknanya: Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.
57. Bagai bunyi perempuan di air (di air - di tempat mandi).
Maknanya: Ramai (riuh) sekali.
58. Bagai bunyi siamang kenyang.
Maknanya: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan.
59. Bagai cacing gila (cacing gila - cacing yang berputar-putar bila disentuh).
Maknanya: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
60. Bagai cacing kena air panas.
Maknanya: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya).
61. Bagai cembul dapat tutupnya.
Maknanya: Sesuai benar.
62. Bagai dakwat dengan kertas.
Maknanya: Tak pernah bercerai; sangat cocok.
63. Bagai dekan di bawah pangkal buluh (dekan - ulat yang makan buluh).
Maknanya: Pandai menyembunyikan rahsia.
64. Bagai denai gajah lalu.
Maknanya: Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan.
65. Bagai dihiris dengan sembilu.
Maknanya: Pedih sekali rasa hatinya.
66. Bagai diikat dengan sehasta tali.
Maknanya: Dalam keadaan yang sangat terbatas.
67. Bagai dirahap kain basah (rahap - bungkus).
Maknanya: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.
68. Bagai ditembak putus tunggal (putus tunggal - petir yang sangat keras bunyinya).
Maknanya: Dialahkan oleh orang yang bodoh.
69. Bagai diurap dengan daun katang-katang (katang-katang - Sejenis tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan).
Maknanya: Sangat marah.
70. Bagai dulang dengan tudung saji.
Maknanya: Sesuai benar.
71. Bagai duri dalam daging.
Maknanya: Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.
72. Bagai emak mandul baru beranak.
Maknanya: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.
73. Bagai empedu lekat di hati.
Maknanya: Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
74. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Maknanya: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
75. Bagai gadis jolong menumbuk.
Maknanya: Rajin dan bersungguh-sungguh.
76. Bagai gagak menggonggong telur.
Maknanya: Perempuan hodoh berpakaian bagus.
77. Bagai galah di tengah arus.
Maknanya: Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.
78. Bagai galah dijual (galah - tombak atau lembing).
Maknanya: Terlalu miskin; kalah judi.
79. Bagai gelegar buluh (gelegar - bunyi bergemuruh).
Maknanya: Bercakap besar.
80. Bagai gelombang dua belas.
Maknanya: Kehebatan langkah seseorang pendekar.
81. Bagai geluk tinggal di air (geluk - timba daripada tempurung kelapa).
Maknanya: Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang.
82. Bagai gembala diberi keris.
Maknanya: Pemberian yang tidak berfaedah.
83. Bagai getah dibawa ke semak.
Maknanya: Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.
84. Bagai gulai lengkitan (lengkitang - siput).
Maknanya: Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula.
85. Bagai hantu makan dedak.
Maknanya: Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
86. Bagai harimau beranak muda.
Maknanya: Orang perempuan yang terlalu bengis.
87. Bagai haruan di dalam tuar (tuar - lukah).
Maknanya: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
88. Bagai ikan lampam di ulak jamban.
Maknanya: Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat.
89. Bagai ilak bercerai dengan benang (ilak - ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.
Maknanya: Bercerai untuk selama-lamanya.
90. Bagai inai dengan kuku.
Maknanya: Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
91. Bagai itik pulang petang.
Maknanya: Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).
92. Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk (belang puntung - merah kehitam-hitaman; jawi - lembu).
Maknanya: Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding.
93. Bagai jawi ditarik keluan (keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).
Maknanya: Menurut dengan tidak membantah.
94. Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.
Maknanya: Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.
95. Bagai jawi terkurung siang.
Maknanya: Sangat gelisah kerana tidak bebas.
96. Bagai jelongak kerbau rampung.
Maknanya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
97. Bagai jempuk kesiangan hari.
Maknanya: Kebingungan; termenung-menung.
98. Bagai kacang direbus satu.
Maknanya: Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
99. Bagai kacang direndang.
Maknanya: Bunyi suara yang tak putus-putus.
100. Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.
Maknanya: Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Pandangan:
Catat Ulasan